马来文作文-新闻抢劫类

来源:学生作业帮助网 编辑:作业帮 时间:2024/04/28 08:14:50

马来文作文-新闻抢劫类
马来文作文-新闻抢劫类

马来文作文-新闻抢劫类
Jenayah ragut kini semakin berleluasa di mana-mana saja,tidak kira di bandar mahupun di kampung.Agak sukar sebenarnya untuk membanteras jenayah ragut ini kerana kita tidak tahu bila ia akan berlaku dan siapa yang akan melakukannya.
Mengharapkan anggota polis saja membanterasnya amat tidak adil sama sekali.Tiada siapapun akan tahu bila jenayah ini akan berlaku.Silap hari,kita sendiri yang kena ragut walaupun kita ditanamkan sikap berhati-hati untuk mengelakkannya daripada berlaku.
Bagi penjenayah dan sesiapa saja yang gemar melakukan kejahatan,ragut adalah kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata saja.Apa tidaknya,dengan beberapa saat saja,dompet,telefon bimbit atau beg tangan boleh dilarikan peragut.
Mereka adalah golongan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kebanyakannya juga terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Cara mudah pada mereka untuk mendapatkan wang untuk membeli dadah ialah meragut.Ada juga yang melakukan jenayah ragut semata-mata kerana inginkan wang lebih untuk membeli barang berharga kerana gaji yang diterima setiap bulan kecil sedangkan nafsu kebendaan mereka sangat besar.
Statistik jenayah ragut dalam enam bulan pertama tahun ini secara puratanya 26.33 kes sehari amat mengejutkan dan membimbangkan.Data ini diperoleh daripada sejumlah 4,766 kes dalam tempoh yang sama.
Jumlah ini direkodkan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa jenayah ragut.Yang tidak melaporkan kepada polis tidak dinafikan banyak juga.Kesimpulannya jenayah ini meningkat saban tahun.
Lebih menyedihkan jenayah ragut kini membabitkan pula jenayah kekerasan dan kematian.Sungguh sedih mendengar berita apabila mangsa ragut terbunuh akibat mempertahankan barang miliknya daripada diragut.
Peragut kini seolah-olah sudah dirasuk hantu apabila sanggup membunuh walaupun diketahui barang yang diragut tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan.Mereka seolah-olah sudah terdesak sehinggakan sanggup membunuh kerana sebuah telefon bimbit dan wang seratus ringgit.
一下是解决的方法,不知道你需不需要?
Semua pihak perlu memainkan peranan bagi membanteras jenayah rakus yang semakin mengganas sekarang.Mungkin pendapat ‘apa faedahnya menjaga tepi kain orang’ perlu dihakis dalam konteks memerangi jenayah ragut ini.
Kita kena prihatin dan membantu apabila berlaku jenayah ragut di depan mata kita.Mungkin ada yang berkata kita mungkin menempah maut apabila hendak membantu mangsa ragut kerana penjenayah mungkin bersenjata.
Kita boleh memberhentikan kenderaan dan membunyikan hon apabila nampak peragut sedang melakukan jenayah berkenaan.Cara ini akan membuatkan penjenayah itu tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian.
Bantuan dengan mengambil nombor kenderaan jika peragut itu menggunakan kenderaan sedikit sebanyak dapat membantu siasatan polis.Apabila ternampak kejadian berkenaan,kita boleh menjerit untuk mendapatkan perhatian orang ramai untuk sama-sama memberkas peragut itu.
完毕!